Assalamualaikum !
Hari ni nak cerita sikit tentang asal usul nama Dajjal .. Saya ambil makuimat tentang asal usul nama Dajjal ni dalam buku terbitan Al-hidayah . Gambar buku ni ada di atas . Nampak tak ?
*Kalau nak tahu , Dajjal ni akan muncul pada hari hampirnya kiamat . Dajjal adalah manusia dimurkai Allah .
*Perkataan Dajjal berasal dari perkataan Arab (Dajlun)yang bererti penutup kebenaran dengan kebatilan . Istilah Dajjal diambil dari perkataan Arab maknanya adalah dicap dengan menutupi dengannya . Maksud istilah asal dari kata 'ad-dajlu' juga boleh dinyatakan dengan mencampuradukkan , dikatan maknanya turut dikaitkan dengan menggaulkan bagi mengelirukan dan meragukan . Oleh itu Dajjal adalah pendusta yang memalsukan ketuhanan dengan mengelirukan manusia dengan melalui kelebihan yang diberikan ALLAH iaitu kemampuan memberikan sesuatu yang luar biasa .
Maafkan saya kalau ayat dia atas mengelirukan anda . Ayat ini terus dipetik dari buku tersebut .
Saya harap anda mendapat pengetahuan dan pengajaran dari petikan dia atas !
Terima kasih kerana sudi membaca !